Wednesday, December 30, 2009

Nasihat Buat Adik-Adik Kami Yang Terpilih....PLKN



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

“Ha ha. Padan muka kau kena masuk PLKN!”

Ada adik-adik kami di TAVLC menyertai PLKN pada tahun kedua ia diadakan. Ketika itu terlalu banyak persepsi negatif yang kami dengar tentang PLKN. Baik tentang isu couple, isu rogol, isu dera dan bermacam isu lain lagi. Maka sesiapa dalam Adik-adik dari TAVLC yang diarahkan menyertai PLKN, pasti akan disindir.

“Habislah gelap kulit kau nanti.”

PLKN mengajarkan adik-adik kami begitu banyak perkara. Ada yang baik dan ada yang buruk. Ia mengajarkan adik-adik kami bagaimana manusia boleh berubah apabila diberi kebebasan. Dan ia juga mengajar bagaimana manusia berubah apabila dikongkong dengan jadual yang ketat.

Yang dahulu di sekolah pendiam, boleh jadi aktif.

Yang dahulu di sekolah nakal, boleh jadi alim.

Yang dahulu di sekolah Ketua Pelajar, boleh jadi rosak.

Bayangkan seorang pelajar sekolah agama yang sekolahnya boleh disebut sebagai ‘Forbidden City’ disebabkan terlalu banyak pantang larangnya, tiba-tiba masuk ke PLKN dengan bermacam ragam dan kerenah pelatihnya.

Bayangkan juga seorang pelajar sekolah biasa yang semasa di sekolahnya dahulu mencari kepastian dalam agama, tiba-tiba masuk ke PLKN dan bertemu dengan rakan yang boleh mendorongnya.

Begitulah. Bukan semua jadi jahat. Tetapi bukan semua juga jadi lebih baik.

Cuma masing-masing mendapat pengalaman baru dan mereka bertindak mengikut cara yang mereka rasakan betul.

Bertindaklah!

Adik-adik kami masih ingat setiap malam di kem mereka, aktivitinya adalah menonton drama. Drama yang akan adik-adik kami tonton telah pun disediakan oleh pihak Kementerian. Dan sudah tentu jalan ceritanya tidak diminati oleh kebanyakan pelatih, termasuklah jurulatih yang bertugas.

Kadang-kadang ada jurulatih yang baik hati akan memasang filem yang ada mesej-mesej yang bagus. Tetapi kadang-kadang ada juga jurulatih yang akan buat aktiviti karaoke.

Cuma pada saat-saat seperti itu biasanya tiada tindakan disiplin yang diambil sekiranya ada yang ponteng. Jadi, adik-adik kami dan beberapa orang rakan akan beredar keluar. Ada kalanya adik-adik kami akan ditahan oleh jurulatih.

Jadi adik-adik kami akan berbual-bual dengan jurulatih tersebut untuk mengambil hati jurulatih. Disebabkan itu juga, kadang-kadang ada jurulatih yang membawa adik-adik kami dan rakan keluar makan roti canai pada hari minggu.

Ramai jurulatih yang mahukan pelatih-pelatih PLKN ini menjadi manusia yang bijak. Bijak memilih perbuatan dan bijak dalam budi bicara. Sekiranya kita ada alasan yang kukuh, mereka tidak akan marah. Malah mungkin akan terlebih sayang kepada kita.

Sekiranya ada arahan atau perbuatan yang kita rasa tidak sesuai dengan apa yang kita belajar semasa di sekolah dahulu, bertindaklah dengan cara tidak menyakitkan hati sesiapa.

Sekurang-kurangnya…

“Apa pasal kau nak sibuk-sibuk aku sudah solat atau belum?

Itu yang budak sekolah agama itu pun tak solat lagi.”

Apa yang kita buat biasanya akan terpalit juga kepada golongan yang sama seperti kita.

Memang ketiadaan masa akan menjadi alasan utama. Andai kata kita tiada masa untuk solat di surau, solat sahaja di dalam bilik. Malah adik-adik kami rasa lebih bagus solat di bilik sambil mengajak beberapa rakan sebilik lain turut solat sama.

“Oh, begitu cara kamu sembahyang,” ujar seorang rakan cina, Ng (salah seorang rakan adik-adik kami).

Mudahkan jangan disusahkan.

Cinta Kontrak

“Aku bercinta dengan budak ini dalam kem ini sahaja. Dia pun dah tahu aku ada awek di luar.”

Fenomena mencari pasangan memang sangat meriah di dalam kem PLKN. Rasa cinta kepada seseorang itu fitrah, jangan dilawan. Makin dilawan makin kuat rasa keinginannya. Tetapi perlulah dikawal supaya tidak berlaku apa-apa yang melanggar syariat.

Ada seorang rakan karib adik-adik kami di PLKN. Kata beberapa rakan mereka semasa di sekolah dahulu dia memegang jawatan Exco Tarbiah Badan Agama. Di dalam kem PLKN, dia menjaga segala tindak-tanduknya. Sehinggakan dialah antara pemula usrah adik-adik kami di kem tersebut.

Sekiranya ada di antara adik-adik kami yang tiba-tiba membuka cerita tentang perempuan, pasti dia akan menjauhkan dirinya.

Cuma pada minggu-minggu terakhir adik-adik kami di kem tersebut, adik-adik kami nampak dia sudah mula duduk berdua-duaan dengan pelatih daripada kompeni yang sama.

Makin kuat kita melawan, takut-takut ia terpendam menjadi besar dan nanti kita melepaskan semua keinginan tersebut dalam satu masa. Sehingga membenarkan apa yang tidak patut.

Kita Punya Pilihan

Semasa Bilal bin Rabah diseksa dengan ditindihkan batu di atas badannya, tentu sahaja dia mempunyai pilihan sama ada untuk meninggalkan agama Islam atau tidak. Bayangkan kalau kita sendiri ditindih dengan batu besar pada cuaca yang panas, mungkin sahaja boleh mati.

Dalam filem 2012, Adrian berkata kepada Jackson Curtis(seorang penulis buku), “Adakah kamu yakin bahawa saat manusia tahu waktu kematian mereka, mereka akan bertindak mementingkan diri sendiri?”

Tetapi Bilal bin Rabah tetap dengan pilihannya dan tetap menyebut, “Ahad… Ahad… Ahad…”

Sesungguhnya kita mempunyai kebebasan untuk memilih reaksi terhadap segala tindakan yang terjadi atas diri kita. Kita yang bertanggungjawab sepenuhnya atas jenis tindakan yang kita pilih.


Akhir kata, Abang-abang dan kakak-kakak di TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE mendoakan agar adik-adik yang terpilih tahun ni memegang prinsip 5 cinta dan budaya yg kami terapkan...

Ingatlah... kami SAYANG adik-adik semua...dulu, kini & selamanya... Insya Allah!

Because you are the BEST BEST BEST!!!!!



Ikhlas dari,
Pihak Pengurusan
TRI ANGLE VISION


Friday, December 25, 2009

SIAPAKAH????




Siapakah orang-orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah mereka yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman A.S.


Siapakah orang-orang yang manis senyumannya?

Orang yang manis senyumannya ialah mereka sewaktu ditimpa musibah ujian dari ALLAH S.W.T. lantas mereka berkata "inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun", lalu berkata "Ya ALLAH sesungguhnya aku redha dengan ketentuan-MU ini" sambil mengukir senyum.

Siapakah orang-orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah mereka yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tidak pernah lalai dengan nikmat dunia yang sementara ini.

Siapakah orang-orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah mereka yang tidak pernah puas dengan nikmat pemberian ALLAH S.W.T. yang sementara ini dan sentiasa sibuk untuk menambah harta kekayaan.

Siapakah orang-orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah mereka yang sudah menginjak usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan kebaikan.

Siapakah orang-orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah mereka yang paling sempurna akhlaknya.

Siapakah orang-orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah mereka yang mati dengan membawa amal-amal kebaikan di mana kubur mereka akan diperluaskan oleh ALLAH S.W.T. saujana mata memandang.

Siapakah orang-orang yang mempunyai rumah yang paling sempit lagi terhimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi terhimpit adalah mereka yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan, lalu kuburnya akan menghimpitnya.

Siapakah orang-orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah mereka yang bakal menghuni syurga ALLAH S.W.T. kelak, kerana telah menggunakan akal semasa di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah orang-orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah mereka yang lalai dari berdoa dan memohon kepada ALLAH S.W.T. seolah-olah dia memiliki kekuatan dan mampu mengurus dunia sendirian.

Siapakah orang-orang yang bakhil?

Orang yang bakhil adalah mereka yang liat untuk berselawat kepada Junjungan Besar Kekasih ALLAH S.W.T. Nabi Muhammad S.A.W.

Siapakah orang-orang yang kedekut?

Orang-orang yang kedekut adalah mereka yang membiarkan semua nasihat-nasihat tentang agama ALLAH S.W.T. ini begitu sahaja, malah tidak disampaikan pula kepada saudara-saudaranya yang lain.

Sabda Junjungan S.A.W.

"Sampaikanlah dariku walau satu ayat".

Friday, December 18, 2009

KAABAH ENGGAN BERGERAK







Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia blog ini. Pada minggu ini kita akan berbicara tentang satu lagi bukti sifat Maha Pengasihnya ALLAH.




Minggu lepas kita berbicara tentang dugaan dan cabaran yang ALLAH berikan kepada kita, dan sebagai hamba-NYA kita wajib redha dan sabar menempuhi setiap cabaran dan dugaan itu. Selagi kita hidup, cabaran, dugaan dan ujian dari ALLAH tak kan pernah berhenti. Ujian terakhir yang akan kita hadapi ialah ketika meniti titian As-Sirat. Sekiranya kita berjaya melintasi titian As-Sirat maka berbahagialah kita di syurga ALLAH. Akan tetapi sebaliknya kita akan terus menanggung seksaan yang tidak terperi lagi dahsyatnya di neraka seandainya kita gagal meniti titian As-Sirat.




Berkenaan dengan titian atau jambatan yang dikenali sebagai As-Sirat, ia merupakan satu jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga (syurga terletak di seberang sana manakala neraka berada di bawah jambatan tersebut). Titian ini bersifat fleksibel. Ia boleh meluas, menyempit, memendek dan memanjang mengikut siapa yang menitinya. Bagi orang-orang yang beriman maka titian As-Sirat ini akan meluas dan memendek untuk memudahkan mereka melintasinya. Manakala bagi orang-orang yang menderhakai ALLAH dan mereka-mereka yang berdosa, titian ini akan menyempit dan memanjang bagi menyukarkan mereka.




Antara makhluk ALLAH yang melintasi titian ini termasuklah Ka'abah Baitullah. Malaikat datang membawa perintah ALLAH kepada Ka'abah yang dihias indah ketika itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, sungguhpun Ka'abah tahu ianya merupakan perintah ALLAH, namun ia tidak mahu bergerak seinci pun untuk meniti titian As-Sirat menuju ke syurga. malaikat yang kehairanan pun bertanya hal ini kepada Ka'abah. Lantas Ka'abah menjawab bahawa ia tidak akan sekali-kali bergerak ke syurga sehinggalah ia diiringi oleh mereka-mereka yang pernah bertawaf mengelilinginya ketika di dunia dahulu.




Lantas malaikat pun segera bertemu ALLAH membawakan syarat yang dikemukakan oleh Ka'abah tersebut. Setelah ALLAH perkenankan syarat itu, segeralah malaikat tadi mengumpulkan orang-orang yang pernah bertawaf untuk mengiringi Ka'abah bergerak ke syurga. Namun Ka'abah masih berdiam diri, enggan bergerak walau seincipun.


Lantas malaikat pun bertanya bukankah telah dikumpulkan mereka yang pernah bertawaf sepertimana yang diminta oleh Ka'abah. Lantas ka'abah berkata masih terdapat lagi segelintir yang masih belum dikumpulkan. Malaikat pun memeriksa, usai pemeriksaan malaikat tadi menyatakan bahawa mereka yang tiada adalah mereka-mereka yang telah pun meniti titian sirat dan gagal melintasinya, merekalah orang-orang yang berdosa dan tercampak ke dalam neraka ketika meniti titian sirat.



Ka'abah berkata ia tidak kira sama ada mereka pernah melakukan dosa atau tidak, ia akan terus dengan pendiriannya yang hanya akan bergerak setelah semua manusia yang pernah bertawaf mengelilinginya dikumpulkan untuk mengirinya ke syurga.



Malaikat pun mengadu kepada ALLAH. ALLAH Tuhan Yang maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Lembut dan Maha Melimpah Kasih Sayangnya pun memperkenankan permintaan Ka'abah dengan mengampuni dosa-dosa orang yang pernah bertawaf mengelilingi Ka'abah. Setelah mereka semua dikelarkan dari neraka maka berkumpullah mereka mengiringi Ka'abah menuju ke syurga ALLAH, negeri yang indah abadi dan dilimpahi dengan rahmat dan nikmat yang tidak pernah mungkin dapat dibayangkan.



Betapa agongnya kasih sayang ALLAH terhadap kita. Lantaran itu tidak pernahkah kita terfikir untuk menyayangi ALLAH dan agama-NYA. Wallahua'lam.




Friday, December 11, 2009

RAHMAT UJIAN ALLAH

Dalam kita menghadapi ujian, pasti ada jalan keluarnya.


Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, "sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar". Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal.


Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna ALLAH tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta ALLAH pada makhluk-NYA dan membuktikan lagi kehebatan ALLAH Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-NYA dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi,

"Bukankah Subuh itu sudah tiba."

Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya. Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba ALLAH, DIA telah menjelaskan pasti ALLAH menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa.



Oleh itu, laluilah kehidupan dengan keyakinan,dan rasailah sentuhan ALLAH tidak pernah putus kepada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji ALLAH bahawa ALLAH tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya. Anggaplah suatu permasalahan itu sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar.

ALLAH akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya. Ini ditegaskan lagi oleh ALLAH,

"Dan barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya ALLAH akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4).

Ini janji ALLAH yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan dan panjatkan doa dan kesedihan kepada-NYA, pasti kita akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana ALLAH tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi kita hambanya tidak berputus asa dari rahmat ALLAH. Sebab itu ALLAH menjanjikan,

"Maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan." (QS Al: Insyirah:5-6)

Dengan syarat kita yakin sepenuhnya bahawa apa yang kita lakukan kerana ALLAH dan mahu mendapat redha ALLAH , bukan kerana manusia.
Sebagai tambahan sebagai manusia, kita sepatutnya tidak mudah mengalah dengan setiap ujian yang ALLAH berikan. Yakinlah ALLAH Tuhan Yang Maha Adil tidak akan pernah membebani hamba-hamba-NYA melainkan dengan apa yang mampu digalas oleh mereka. Dalam menghadapi ujian dan rintangan dalam hidup jangan sesekali kita gagal bertawakkal. Ingat konsep tawakkal dalam Islam bukanlah menyerahkan sesuatu perkara bulat0bulat pada ALLAH, tetapi berusaha bersungguh-sungguh dan letakkan pengharapan dan ketetntuan terakhir kepada ALLAH. Sabda Junjungan Nabi SAW: -
"Tidak akan diubah nasib sesuatu kaum itu melainkan dengan doa".

DOA


PENGERTIAN DOA

Doa bererti memohon atau meminta sesuatu yang baik daripada ALLAH s.w.t. yang Maha Pemurah. ALLAH s.w.t. menyuruh orang-orang Islam berdoa atau meminta sesuatu kepada-NYA seperti firman di bawah yang bermaksud: -

“Dan TUHAN kamu berfirman: “Berdoalah kepada KU nescaya AKU perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-KU, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.” (Surah Al-Mu’min:60)

Doa merupakan rayuan kepada ALLAH. Caranya adalah dengan meletak tangan di hadapan anda dan menghadap kedua tapak tangan ke atas. Ia sering dilakukan setelah sembahyang, sewaktu mengambil air sembahyang, sewaktu makan dan minum, berbuka puasa dan sebelum tidur. Ia juga digunakan dengan beberapa niat pada perbuatan yang baik menurut ajaran agama Islam.

Muslim digalakkan berdoa untuk menunjukkan rasa rendah diri terhadap ALLAH s.w.t, selain untuk menunjukkan rasa patuh dan taat kepada suruhan ALLAH. Doa boleh dilakukan bila-bila masa tanpa had dan batasan selagi manusia Muslim itu hidup dan beriman kepada ALLAH. Khasnya doa dilakukan bagi membaiki diri dengan cara meminta ampun kepada ALLAH dan mengharapkan sesuatu dari-NYA.


ADAB-ADAB DOA

Sebagai makhluk ciptaan ALLAH kita adalah insan kerdil yang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan dosa-dosa. Jadi adalah wajar bagi kita untuk selalu berdoa dan memohon ampun kepada ALLAH. Sebagi TUHAN Yang Maha Agung, ALLAH pasti mendengar rintihan hamba-hamba-NYA. Kita perlu sedar dan mengakui hakikat bahawa sedalam mana pun, setinggi mana pun dan seluas mana pun dosa dan kesalahan yang kita lakukan namun lebih dalam, lebih tinggi dan lebih luas lagi pengampunan ALLAH. Keberkatan doa perlu dijaga dengan menuruti adab-adabnya: -

1. Berdoa dengan hati penuh kusyuk. Sesuai dengan riwayat hadis`dari Abdullah bin Umar mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“wahai manusia pintalah oleh kamu akan DIA dalam keadaan kamu semua yakin dengan kemakbulan, bahawasanya ALLAH tidak akan memakbulkan doa dari seorang hamba yang hatinya kosong dan lalai" (Riwayat Ahmad)

2. Merasa dukacita dan merendah diri.

3. Melahirkan kehinaan dan kelemahan diri.

4. Baik sangka terhadap ALLAH.

5. Menyedari kelemahan-kelemahan atau keburukan diri sendiri.

6. Menghadap kiblat dan menadah kedua belah tangan dengan bersungguh-sungguh.

7. Yakin doa itu didengar dan diperkenankan. Sifat ini sesuai dengan hadis Rasulullah s.a.w.:

"Jika salah seorang dari kamu berdoa, dia hendaklah memperlihatkan besarnya keinginan untuk memperolehinya kerana tidak ada satupun yang dianggap besar oleh ALLAH." (Riwayat Abu Uwanah dan Ibnu Hibban).

8. Memulakan dengan memuji ALLAH dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian dahulukan dengan istigfar tiga kali dan berdoalah untuk kebaikan diri dan kebaikan orang lain.

9. Merendah suara pada waktu mengucapkan doa, tidak terlalu keras, tidak pula terlalu rendah. Itu bertujuan untuk menenangkan jiwa orang yang berdoa dan sesuai dengan hakikat bahawa ALLAH itu tidak tuli.

10. Diucapkan doa itu dengan jelas dan diulang-ulang untuk sesuatu yang lebih dihajati.

11. Berdoalah setiap ketika sama ada dalam kesenangan atau kesusahan.

12. Pilihlah masa dan waku yang lebih utama agar doa itu dimakbulkan.

13. Supaya doa dimakbulkan, orang yang berdoa itu mesti menjaga makan dan minumnya.

14. Doa yang dipohon itu tidak mengandungi dosa atau sesuatu yang memutuskan ikatan silaturrahim.

15. Jangan berdoa sesuatu yang buruk (kebinasaan) sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain.

16. Menyapu tangan ke muka apabila selesai berdoa.


MASA DAN TEMPAT YANG MUSTAJAB UNTUK BERDOA

Berikut adalah masa dan tempat yang mustajab untuk berdoa menurut hadis-hadis Rasulullah s.a.w.: -

1. Antara azan dan iqamah.

2. Ketika akan memulai sembahyang dan sesudahnya.

3. Ketika sujud dalam sembahyang.

4. Ketika iktidal terakhir di dalam sembahyang.

5. Ketika antara waktu zohor dan asar.

6. Ketika antara waktu asar dan maghrib.

7. Pada waktu asar hari Jumaat.

8. Pada hari Jumaat dan malamnya.

9. Ketika di tengah malam.

10. Pada 1/3 terakhir malam dan pada waktu sahur.

11. Ketika jiwa dalam keadaan tenang dan bersih dari segala gangguan.

12. Ketika khatam membaca Al-Qur’an.

13. Ketika hujan.

14. Ketika ayam berkokok (ayam melihat malaikat lalu, malaikat turut mengatakan Aamin).

15. Pada bulan Ramadhan, terutama pada malam lailatul qadar. Ketika waktu malam lailatul Qadar (Malam Qadar) malam yang lebih baik dari seribu bulan menurut Al-Quran,pada malam ini Allah akan memberkati hambanya yang sanggup berjaga malam dan berdoa kepadaNya semata-mata untuk mendapat kan keberkatan dari Allah SWT.Malam Lailatul Qadar masih tidak dapat dipastikan waktunya dengan tepat,namun Nabi Muhammad bersabda carilah malam Qadar pada sepertiga malam terakhir pada 27 Ramadhan ataupun pada 10 malam terakhir Ramadhan.

16. Pada malam hari raya yang pertama.

17. Pada malam hari raya Haji yang pertama.

18. Ketika khatib duduk antara dua khutbah.

19. Ketika khatib turun dari mimbar.

20. Pada hari Arafah, terutama di Arafah.

21. Di perkuburan Rasulullah s.a.w.

22. Ketika berhadapan dengan musuh dalam medan perang.

23. Ketika melihat Masjid Rasulullah.

24. Di pintu Ka’bah – ketika mengadap Ka’bah, di dalam Ka’bah, ketika melihat Ka’bah.

25. Ketika melakukan tawaf di Ka’bah.

26. Di Multazam.

27. Di telaga Zam-Zam.

28. Di belakang makam Nabi Ibrahim.

29. Di atas bukit Safa’ dan Marwah.

30. Di Muzdalifah.

31. Di Mina.

32. Di Jamrah yang ketiga.

33. Waktu ternampak meteor dilangit (perkara ini masih di menjadi buah mulut dikalangan Ulama Islam)

34. Di Masjid, di tempat-tempat ibadat orang Islam atau di tempat-tempat lainnya yang di pandang baik dan mulia.

35. Ketika diri dianiaya.

Walaubagimana pun Islam menyarankan agar penganutnya berdoa kepada ALLAH pada bila-bila waktu dan tempat, selagi mereka masih beriman dan mengharapkan kebaikan dan keampunan dari ALLAH.


ORANG-ORANG YANG DOANYA TERUS DIMAKBULKAN OLEH ALLAH TANPA HALANGAN

1. Imam (kepala negara) yang adil.

2. Orang-orang yang teraniaya, baik ia orang jahat atau orang baik.

3. Ibu bapa terhadap anaknya.

4. Orang-orang yang soleh.

5. Anak yang patuh terhadap orang tuanya.

6. Orang yang dalam perjalanan.

7. Orang yang berpuasa sewaktu berbuka.

8. Seorang muslim yang mendoakan temannya muslim yang jauh.

9. Seorang muslim yang berdoa tidak tentang dosa dan memutuskan silaturrahim.

10. Orang yang bertaubat.

11. Orang yang dalam kesempitan dan kepayahan hidup.


PERKARA-PERKARA YANG MENGHALANG DOA DIMAKBULKAN

Sila rujuk tazkirah minggu lepas http://kasihdirayusayangdipadu.blogspot.com/2009/11/dari-syaqiq-al-balkhi-berkata-suatu.html.


RAHSIA PEMAKBULAN DOA

Kadangkala kita berdoa agar diberi kekuatan, namun semakin banyak dugaan menimpa. Kadangkala kita minta diberikan kebijaksanaan agar jadi pelajar terbaik, namun pelbagai masalah pula yang timbul. Kadangkala kita memohon agar diberi kebahagiaan, namun kehidupan kita bertambah huru-hara pula. Adilkah ALLAH?

Sememangnya ALLAH Maha Adil sekiranya kita perhalusi hikmah di sebalik setiap kejadian. Dugaan dalam hidup menjadikan mental kita kuat menghadapi cabaran hidup. Nah bukankah kekuatan yang kita minta? Masalah pula membuatkan kita sentiasa berfikir, maka otak kita akan terus bekerja sehingga kita menjadi bijak. Bukankah kebijaksanaan yang kita mahukan? Huru hara pula menjadikan kita bertambah tabah dan cekal menghadapi hidup. Maka selepas dari itu datanglah apa juga dalam hidup ini, kita pasti mampu menghadapinya. Tidakkah itu bakal membahagiakan hidup kita?

Jika kita renung kembali, Maha Hebat perancangan ALLAH. DIA sentiasa berikan apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. Kerana apa yang kita mahu tak semestinya apa yang kita perlu. Sesungguhnya apa yang kita perlu adalah yang tebaik buat kita dan mungkin apa yang kita mahu akan menjahanamkan hidup kita.

Terdapat tiga situasi dalam pemakbulan doa. Kadangkala kita sering mempertikaikan mengapa ALLAH seolah-oleh tidak mendengar keluhan kita ketika berdoa. Di sinilah rahsia ALLAH yang tersembunyi sejuta rahmat.

Ada doa sesetngah di antara kita yang terus dimakbulkan oleh ALLAH. Di sini sememangnya ALLAH ingin memperkenankan doa hamba-NYA itu.

Ada pula di antara kita yang doanya dilengahkan pemakbulannya oleh ALLAH. Rahsianya ALLAH ingin menguji ketabahan dan kesabaran hati kita dan sama ada kita terus meyakini dan mempercayai ALLAH.

Ada pula doa antara kita yang tidak dimakbulkan oleh ALLAH. Sebenarnya bukan ALLAH tidak mahu memakbulkan doa tersebut tetapi ALLAH telah mempersiapkan sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita minta. Sesungguhnya ALLLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Untuk itu jangan sesekali kita mempunyai rasa sangsi terhadap ALLAH. Kita akan selalu bersangka baik dan meyakini ALLAH seandainya kita tahu akan hadith ini: -

“telah berkata Jibrail a.s. “Wahai TUHAN, ENGKAU tunaikanlah hajat hamba-hamba-MU yang berdoa” maka lantas ALLAH menjawab “Biarkan hamba-KU itu, sesungguhnya AKU menyintai suaranya, AKU menyintai suara mereka yang berdoa”

Saturday, December 5, 2009

BORANG PENYERTAAN












Bagi ibu-ibu dan ayah-ayah yang berminat untuk menghantar anak-anak ke program kami, boleh memuat turun borang penyertaan dan faxkan kepada kami. Ibu-ibu dan ayah-ayah juga bolehlah menghubungi terus kepada kami bagi menguruskan pendaftaran anak-anak. Penyertaan adalah terhad* bagi menjamin kualiti program ini.












*Bagi yang lewat mendaftar, pendaftaran akan di bawa ke program yang sama di sesi akan datang.

Friday, December 4, 2009

PETUA IMAM SYAFIE




BEBERAPA PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara yang menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas



Empat perkara yang melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam



Empat perkara yang menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih



Empat perkara yang merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat



Empat perkara yang menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencerna kan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

10 PENYAKIT HATI




Dari Syaqiq Al-Balkhi berkata : Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishak) berjalan di pasar Basrah, lalu dia dikelilingi oleh orang ramai lantas mereka bertanya kepadanya, “Ya Aba Ishak, ALLAH telah berfirman: -

Mintalah olehmu sekalian kepada-KU, nescaya AKU kabulkan.

“Akan tetapi mengapakah masih terdapat permintaan kami yang tidak ditunaikan ALLAH?”

Lantas Ibrahim Bin Adham menjawab, “Bagaimanakah ALLAH hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara: -

(1) kamu mengetahui akan hak-hak ALLAH, tetapi kamu tidak pernah menunaikannya.

(2) kamu mengaku menyintai Rasulullah SAW, tetapi kamu tidak mengamalkan sunnah-sunnah baginda.

(3) kamu selalu membaca Al-Qur’an, tetapi kamu tidak pernah mengamalkan kandungannya.

(4) ALLAH memberitahu bahawa syaitan itu musuh kamu, tetapi kamu masih bersahabat dengannya.

(5) kamu mengatakan takutkan mati, tetapi kamu tidak bersiap sedia menghadapinya.

(6) kamu mengaku takutkan azab seksa neraka, tetapi kamu masih melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu dicampakkan ke dalamnya.

(7) kamu mengaku suka dimasukkan ke dalam syurga, tetapi kamu tidak berusaha melalui amal-amal solehmu yang membolehkan kamu dimasukkan ke dalamnya.

(8) setiap hari kamu berusaha untuk menutup aib dan cela diri sendiri, sedangkan pada waktu yang sama kamu tidak pernah bosan mendedahkan aib dan cela saudara kamu.

(9) setiap hari kamu makan rezeki ALLAH, tetapi kamu tidak pernah mensyukurinya.

(10) kamu mengiringi orang ke kuburan, tetapi kamu tidak pernah mengambil pengajaran darinya.


Itulah 10 penyakit hati yang menghalang doa-doa kita dimakbulkan ALLAH. Seringkali kita menyalahkan ALLAH yang seolah-oleh tidak mendengar keluhan dan rintihan hati kita yang memerlukan belas ihsan dari-NYA Yang Maha Agong. Tanpa pernah kita sedari bahawa semua itu berpunca dari salah kita sendiri. Moga sama-sama kita berusaha memperbaiki diri kita. InsyaALLAH.

Friday, November 27, 2009

RAHSIA DI SEBALIK SOLAT




ALLAH MAHA BESAR ALLAH MAHA BESAR

Assalammu'alaikum ! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam, bacalah email ini dari sahabat yg menetap di US:

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Beliau merupakan seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan solat! Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan ALLAH! Sekiranya seseorang itu tidak menunaikan solat, maka otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh ALLAH dengan agama-NYA yang indah ini."

Subhanallah...


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Diucapkan selamat menyambut Aidil Adha kepada semua terutama fasilitator-fasilitator TAV, adik-adik, ibu-ibu dan ayah-ayah yg telah menjadi sebahagian dari keluarga TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE.

Semoga kita dapat terus meneladani dan menghidupkan roh amalan korban dalam hayat kita sepertimana yang telah dijiwai oleh Nabi Ibrahim a.s. serta anaknya Nabi Ismail a.s... Amin.



Bagi adik-adik yang sedang menghadapi SPM, teruskan perjuangan... berkorban demi kebanggaan ibu dan ayah....





Ikhlas,

Pihak Pengurusan

TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE

Thursday, November 26, 2009

CARA TOLAK LAMARAN ORANG - STUDENT VERSION





Bismillah..

Assalamualaikum wrt...

Salam kasih sayang buat semua...

Lama tak menulis...dah tulis..tapi tak publish...menanti masa yang sesuai..ya, kadangkala untuk menyebut atau membincangkan satu2 perkara kena tengok masa yang sesuai..Bahkan, ada sesetengah perkara perlukan kekuatan diri untuk kita menyebutnya..takut mengundang kemurkaan Allah bila kita menyebut sesuatu yang tidak kita amalkan...wal`iadzubillah..Banyak hal yang berlaku akhir2 ini dalam hidup. Belum mampu lagi mentafsir hikmah Allah terhadap segala yang berlaku ini. Mungkin semakin tebal hijab diri kami ini dengan Penciptanya.

(Ya Allah..kami mohon belas kasihMu..kami ingin sentiasa dekat denganMu..kami ingin terus mendampingiMu..terimalah taubat kami Ya Allah)

Asasnya..tak semua hal kita mampu ungkapkan kepada orang lain bahkan orang yang paling dekat dengan kita..kadangkala bila terpaksa juga diungkapkan (hurmm..) 'kaedah'nya mungkin menyakitkan hati! haha.. tak faham? sapa pernah alami die akan faham.. kan? kan?

Kisahnye....

TTI ANGLE VISION LEARNING CENTRE banyak buat Seminar Pecutan Terakhir lately. Maklumlah.. dah masuk musim exam.. sebelum terlupa, Abg-abg & Kakak-kakak nak ucapkan :

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN BUAT SEMUA ADIK2 KAMI..KAMI SENTIASA DOAKAN ADIK2 SEMUA..EACH ONE OF U!

Jadi bila kami banyak program, macam biasa la, banyak la mesej2 yang abg-abg & kakak-kakak terima..(yang paling tak tahan asyik tanya khabar..pagi sekali, ptg sekali lagi, lepas solat sekali..Gudmorning & Gudnyte tu wajib!Aduyai!)..

Antara yang paling banyak kami terima adalah soalan berkenaan dengan hal-hal couple..(hurmm...mcm tau2 plak!)..Ada soalan2 yang membina..Tapi mcm biase pasti terselit jugak soalan2 nak escape, nak menghalalkan perbuatan bercouple dan yang negatif..

Abg-abg dan Kakak-kakak ucapkan tahniah kepada adik-adik yang memang bertekad dah tak nak couple. Kami tau, memang sakit..kami faham, percayalah..memang sakit sangat2..kita rasa terlalu sakit sebab yang sedang menderita itu adalah NAFSU..cara ata€si : PASTIKAN HATI DIKAWAL AKAL, BUKAN NAFSU LAGI>>BIAR NAFSU MENURUT AKAL

Kami tak mau la cerita panjang soalan-soalan yang ditanya kepada kami.. Kami nak kongsi satu je soalan yang agak laen dari laen : "Kak Reen, mcmana saya nak tolak orang yang nak couple dengan saya secara baik? Saya ada sedikit kelebihan rupa paras sampai saya jadi tak senang bila selalu sangat diusik.Kawan2 ingat saya suka bila selalu diusik..huhu..selalu mcm2 timbul bila saya tolak lamaran pelajar lelaki kat sekolah.saya xsuka dimusuhi"



Time adik ni mesej, KAK REEN (Penyelaras Program TAVLC) dah tido (hehe)..so dalam 'kelaklokan' tu Kak Reen gagahi reply jugak mesej die. Memang susah nak buat bagi orang tak kecik hati bila jadi macam ni. Namun, kalau kita bijak, situasi ini mampu kita tukar kepada dakwah kita kepada rakan kita yang 'melamar' ni. Tujuan : supaya dia faham, sekarang bukan masanya..fokus kepada tanggungjawab untuk menjadi anak dan pelajar yang baik..Lagipun apa la gunanya kan? Bukan boleh kawen lagi pun..hurmmm...Bahkan benda ni akan ganggu study.Yang paling penting awasi tiap perkataan yang keluar dari apa yang cuba kita sampaikan, takut dia salah faham. Jangan buat dia rasa ditolak. Ingat! Lelaki ada ego sendiri. Dari mana? Nafsu lah! Sebab tu kita pernah baca ada yang sanggup menyihir dan lebih dahsyat membunuh bila 'cinta ditolak'. Mak pun selalu pesan : CARI KAWAN RAMAI2...JANGAN CARI MUSUH!

Lebih elok kita cakap : "Saya bukan tak suka awak. Cuma saya rasa belum sampai masanya saya nak bercouple. Saya ada impian untuk buat mama dan papa saya bahagia dengan apa yang saya kecapi dalam hidup. Jadi, segala apa yang saya lakukan sekarang memang untuk mama dan papa saya. Saya taknak komit dengan 'orang' lain sebelum saya mampu bahagiakan dua orang yang paling berjasa dalam hidup saya ni. Satu hari nanti, kalau tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, saya akan beri komitmen saya untuk bakal keluarga saya..insyaAllah..saya takkan menolak kalau SIAPA yang Allah tentukan untuk saya itu adalah awak."

Jawapan spontan Kak Reen ni (ermmm....) dari pengalaman orang lain dan Kak Reen sendiri.. Kak Reen pun tengah menelaah buku (yang POWER!) tulisan Pahrol Juoi, TENTANG CINTA..selanjutnya tentang couple Kak Reen akan kongsi lepas Kak Reen habis baca buku tu..mungkin entry berkenaan ringkasan yang mampu Kak Reen buat dari buku tersebut..insyaALLAH..

Kalau sape2 ada pendapat laen, atau nak bagi pendapat ttg ape yang dah kami kongsikan dengan adik ni, dipersilakan...takut jugak salah kan!hehe...

Akhirnya, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

p/s : Kami SAAAAAAYANG adik-adik semua.... Adik-adik lah adik-adik kami dunia & akhirat! Because we are the BEST BEST BEST!!!!!

Monday, November 23, 2009

Menangislah Kerana Allah



BINGKISAN KHAS:

Buat mereka yang sering menangis kerana terluka dengan kekasihnya dan menangis kerana ditinggalkan oleh kekasihnya. Serta buat semua ummah yang pernah terlupa...

PERKARA: MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH

Firman Allah swt dari surah Al Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:

“Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu...”

Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah samada orang-orang telah tidur semuanya?”

Lelaki itu memikirkan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan itu untuk melihat samada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”

Lalu, wanita tersebut bertanya; “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”

Dan lelaki itu pun menjawab. “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”

Wanita itu pun berkata lagi. “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak untuk ditakuti.”

Dengan segera lelaki itu meninggalkan wanita itu kerana dia takut kepada Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.

Lalu ditanya; “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”

Lelaki itu menjawab: “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”

Rasulullah saw bersabda:

“Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya.

“Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hambaKu dua ketakutan dan dua keamanan. Barangsiapa yang takut kepadaKu di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan barangsiapa yang berasa aman dariKu di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”

Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”

Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.

Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”

Rasulullah saw seringkali berdoa: “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis.”

Barangsiapa yang ingin selamat daripada azab Allah serta mendapatkan pahala serta rahmatNya, hendaklah dia sabar atas kesulitan dunia, taat kepada Allah serta menjauhi maksiat. Dalam kitab Zahrir Riyadh, dirawikan dari Rasulullah saw, sesungguhnya baginda bersabda:

“Ketika masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu, mereka menjadi kehairanan.”

Lantas Allah berfirman. “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.”

Dan mereka menjawab: “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian, Allah telah berfirman kepada malaikat: Bukakanlah hijab dari muka mereka. Malaikat menjawab: Ya Tuhanku, bagaimana mereka dapat melihat Engkau sedangkan mereka itu derhaka? Lalu Allah menjawab; “Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin bertemu denganKu.” Lalu malaikat pun membukakan tabir sehingga mereka dapat melihat. Maka, segera mereka bersujud kepada Allah.

Tetapi Allah berfirman: “Angkatlah kepalamu. Hari ini bukanlah hari untuk kamu semuanya rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat kepada kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat untuk beribadat tetapi adalah tempat mulia untuk kamu merasakan nikmat dan kesenangan yang berkekalan.” Kemudian, mereka nampak Allah tanpa kaifiyah. Allah berfirman lagi: “Salam sejahtera bagi engkau hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu. Apakah engkau redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami. Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga, bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.” Inilah yang dimaksudkan oleh Allah dalam Al Baiyinah ayat 8: Ertinya; “Allah rela kepada mereka dan mereka pun rela kepadaNya.”

Dan firman Allah dalam Yasin ayat 58 yang membawa makna: “... (Dan ucapan) perkataan selamat daripada Tuhan yang pengasih.” Dan Rasulullah saw telah bersabda: “Api neraka tidak akan menjilat orang yang pernah menangis kerana takut kerana Allah swt. Sehingga air susu kembali ke tempat asalnya.”

*Sumber: Terjemahan Mukasyafah Al Qulub tulisan Imam Al-Ghazali.

Buat mereka yang seringkali menangis demi perkara yang sia-sia; menangis kerana cinta manusia, menangis kerana membaca novel cinta, menangis menonton filem cinta yang semu. Cinta! Cinta! Cinta duniawi.

Istighfarlah! Sedarlah! Bangkitlah dari lenamu.

Buat mereka yang seringkali melupakan kekasih yang paling agung; Allah sedang menantimu di pintu taubatNya. Pulanglah padaNya... dan menangislah untukNya. Menangis untuk menangih cintaNya, menangis kerana memohon taubatNya, menangis kerana berdosa padaNya, menangis kerana takut padaNya. Kerana Allah swt telah berfirman:

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah...” (Al-Hasyr: 19)

Ingatlah, menangislah kerana Allah, kerana hanya Allah sahaja yang layak buat semua titisan air matamu...

Saturday, November 21, 2009

PEPERIKSAAN…OOO…. PEPERIKSAAN

“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”

Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

Friday, November 20, 2009

GANJARAN BESAR ATAS PERBUATAN SEKECIL-KECIL HAMA




Assalamualaikum saudara-saudara Islamku,

Apabila seseorang hamba ALLAH s.w.t. mengucapkan LaillahaillALLAH maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy ALLAH s.w.t. dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy.

Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy ALLAH s.w.t. memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap ALLAH s.w.t. menceritakan kejadian itu. Maka ALLAH s.w.t. memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam.

Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu "wahai malaikat yang menjaga Arasy ALLAH s.w.t., kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan". Bertanya malaikat "Apakah permintaan itu?". Berkata burung-burung itu "Jika ALLAH s.w.t. ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah LailahaillALLAH sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat itu "baiklah aku akan sampaikan kepada ALLAH s.w.t.".

Beredarlah malaikat dan menyembah ALLAH s.w.t. dan disampaikan permintaan tadi kepada ALLAH s.w.t.. Maka ALLAH s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menerima permintaan tersebut.

Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa ALLAH s.w.t. telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy ALLAH s.w.t. sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap LailahaillALLAH s.w.t. tadi sehingga hari kiamat.

Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh ALLAH s.w.t. itu. dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh ALLAH s.w.t. maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci ALLAH s.w.t. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.



MasyaALLAH... begitu besar ganjaran kepada sesiapa yang beriman kepada TUHAN MAHA SUCI....