Sunday, March 29, 2009

PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum kepada semua pelayar-pelayar laman blog ini...


Kami dari pihak TRI ANGLE VISION LEARNING CENTRE dengan ini memberitahu bahawa pihak kami tidak terlibat langsung dengan mana-mana program motivasi di SUNGAI LUI, HULU LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN.


Pihak kami juga tidak terlibat dengan kem motivasi SUMMER CAMP yang mengakibatkan kematian seorang peserta baru-baru ini.


Pihak kami juga tidak terlibat dengan satu lagi syarikat AKEDEMI KELUARGA BAHAGIA MALAYSIA, (AKRAB) yang juga mengendalikan kem-kem motivasi.


Sukacita dimaklumkan bahawa sememangnya pihak kami ada melatih fasilitator-fasilitator untuk pihak AKRAB. Dimaklumkan bahawa program terakhir kami bersama pihak AKRAB adalah program bertarikh 11 - 13 Disember 2008. Namun begitu mulai akhir tahun 2008 pihak kami tidak lagi mempunyai apa-apa kaitan dengan pihak AKRAB, ini adalah berikutan beberapa isu yang timbul.


Pihak kami dengan rasa kesal dan turut berdukacita di atas peristiwa malang yang menimpa ADIK WAN MOHAMMAD AMIR DAHALAN. Semoga ALLAH mengurniakan yang terbaik buat allahyarham adik Wan Mohammad Amir.


Sekalung takziah juga buat keluarga Adik Amir, mudah-mudahan ALLAH berikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.


AL-FATIHAH

Saturday, March 28, 2009

RENUNGAN MALAM


video

Salah satu slot dari program kami.... Slot ini dinamakan RENUNGAN MALAM. Di mana, adik-adik diminta merenung dan bermuhasabah diri tentang dosa-dosa dengan ibu-ibu dan ayah-ayah masing. Fitrah manusia, memang sentiasa perlu diingatkan dan program yang kami anjurkan merupakan salah satu pemangkin untuk sedarkan adik-adik yang telah 'tertidur'. Insya Allah!

Friday, March 27, 2009

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH S.W.T


10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima ALLAH S.W.T.

RASULULLAH S.A.W. bersabda bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat, dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”


Rasulullah bersabda: “10 orang solatnya tidak diterima oleh ALLAH S.W.T., antaranya:

1. Orang lelaki solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2. Orang lelaki mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki menjadi imam, padahal orang menjadi makmum membencinya.


4. Orang lelaki melarikan diri.


5. Orang lelaki minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).


6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tetapi tidak menutup aurat di luar solat.


8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9. Orang suka makan riba.


10. Orang yang mana solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.



Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Barang siapa solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan ALLAH dan jauh dari ALLAH”.



Hassan berkata: “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal buruk”.



Maksud hadis Rasulullah S.A.W. “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya”. Kita disarankan supaya mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun ketika azan berkumandang (sila rujuk tazkirah sebelum ini).



Maka dengan itu wahai saudara-sadaraku,marilah kita renung kembali adakah solat yang yang kerjakan selama ini benar-benar seperti solat Rasulullah S.A.W.? Kerana sabda Rasulullah S.A.W. “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat”.


InsyaALLAH di lain kesempatan kita akan membicarakan tentang ciri-ciri solat Rasulullah S.A.W. Terdapat 3 ciri-ciri utama dalam solat Rasulullah S.W.T.

Buat pengetahuan para ibu bapa dan adik-adik sekalian, ketiga-tiga ciri inilah yang menjadi keutamaan dalam setiap program anjuran kami.



Wallahu a'lam

Thursday, March 19, 2009

LENA

video

Adik-adik serta Abang-abang sekali tidur lena selepas seharian penat dengan aktiviti yang bermula seawal 5.15am dan berakhir pukul 12.30am. Tiada layanan istimewa untuk abg-abg... Semuanya hanya tidur beralaskan tikar.... Di sini, tiada yang kaya atau miskin....semuanya sama...mencari erti sebuah kehidupan dan jati diri.....

MALAM AKHIR


video

Adik-adik menghabiskan masa pada malam terakhir bersama kawan-kawan dan abang-abang serta kakak-kakak. Nilai kekeluargaan yang kami terapkan membuatkan hubungan adik-adik dan semua tenaga fasilitator amat rapat. Nilai ini juga adik-adik akan teruskan di rumah... Insya Allah!

Friday, March 13, 2009

TAZKIRAH - LELAKI VS. WANITA

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik???
Banyak sgt ker amanah Tuhan yg perlu lelaki pikul???

Jawapannyer, memang tak susah dan memang banyak, Bagaimana? Bacalah dan pandai-pandailah cari jawapannyer:-

LELAKI

(1) lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh, manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

(2) lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

(3) Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN !

(4) Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki perlu tanggung lebih-lebih lagi yang bergelar suami. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.

Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.


WANITA

(1) Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

(2) Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

(3) Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

(4) Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

(5) Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

(6) Wanita wajib taat kpd suaminya.

(7) Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

(8) Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorg wanita.

Wanita wajib taat kepada suami, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki, tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan

WALLAHUA'LAM